Macam-macam kisah bila nak bayar
بسم الله الرحمن الرحيم
Mata memang merah kalau dipandang. Ikutkan hati mahu ditegur secara terang-terangan dengan kata-kata yang padat supaya boleh disedar dan juga sentak di otaknya. Sekarang ramai yang masih belum mengerti dan kenal amru bil makruf wa nahyi anil munkar.
Itulah perkara yang wajib dituntut pada setiap muslim. Jikalau ditegur dengan intonasi yang mengundang kemarahan dan tidak puas hati dari mana-mana pihak, harus difikirkan yang disentak di minda, bukan di hati. Walaupun berkali-kali dinasihatkan, tetapi tetap sama malah hasilnya sungguh menghampakan. Bak masuk telinga kiri, keluar telinga kanan atau sebaliknya.
Mungkin ramai yang terpinga-pinga apakah sebenar masalahnya. Status di facebook pun lain macam aje..ini yang buat ramai orang telinga makin hampir berdekatan dengan mulut. Sabar..relax...saya akan kongsi apa yang terperap di dalam hati ini di dalam post yang seterusnya.
Sebenarnya tujuan post ini untuk menceritakan kisah yang kadang-kala melucukan, memeranjatkan, menyedihkan, dan juga membuka mata hati saya sendiri. Yang penting kesemuanya boleh menjadi satu pengajaran bagi kita semua. Al-kisah, cerita berkaitan dengan pembayar zakat pada bulan Ramadhan yang lepas.
1. Saya mulakan dengan yang melucukan & memeranjatkan.
Pembayar Zakat 1: Saya nak bayar zakat untuk 3 orang, isteri saya & 2 orang anak saya. Saya tak perlu bayar kan??
PZ 2: Keluarga saya semua ada 4 orang termasuk saya, jadi saya dan isteri $6.50, 2 orang anak $4.50...
PZ 3: (Selepas doa) Eh selalunya doa dia pendek eh? (org tu pun beredar. 10 minit kemudian ada panggilan, komplen pulak tu)
"Saya perhatikan yang amil zakat caranya salah. Doa pendek. Saya dulu pernah jadi amil zakat tau, doanya kena panjang-panjang."
2. Yang menyedihkan.
PZ 4: "Saya..*sob*..menunaikan...*sob sob*..zakat fitrah yang wajib ini..*sob sob*(sambil teresak-esak)..........untuk diri saya serta isteri.. *sob sob*(bunyi esaknya makin kuat sedikit)...dan anak-anak saya..*sob sob*..."
3. Yang membuka mata hati saya.
Wakil Pembayar 5: "My indonesian maid ask me to come here to pay zakat for her" (non-muslim chinese)
PZ 6: "............................................................." (sign language)
Itulah sedikit sebanyak apa yang telah terjadi semasa saya menjadi amil zakat. Suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Bukan niat ini untuk mempersendakan reaksi pembayar-pembayar zakat tetapi ini adalah suatu perkongsian dan realiti yang masyarakat kita hadapi. Mungkin ada perkara lain, iaitu selain daripada membayar zakat, yang memang luarbiasa dan besar isunya. Tetapi kita harus sedar dan peka yang perkara ini betul-betul berlaku.
Inilah dia satu tanggungjawab yang dimainkan bukan sahaja pada asatizah, tetapi orang ramai yang sudah peka atau sedikit sebanyak sudah mengetahui untuk menyampaikan info apa yang orang tidak tahu. Walaupun kita hidup di negara yang serba mudah dan canggih, kesemua informasi, khususnya zakat, boleh kita dapati di mana-mana sahaja. Mungkin, ada orang tersilap dengar, atau tersalah pandang, atau tidak sempat untuk membaca atau mendengar info sebelum zakat itu dibayar. Kita cuma husnu zhon, dan berusaha untuk membantu orang yang tidak tahu. Janganlah kita dibelenggu dengan kejahilan.
Mengenai perkara yang menyedihkan dan membuka hati saya, sudah saya katakan ia merupakan suatu pengalaman yang amat berharga untuk saya simpan di dalam hati saya kerana ia membawa mesej yang sentimen dan bermakna.
Siapa sangka, orang yang bisu yang mempunyai keluarga, menitiskan peluh untuk mendapatkan sumber rezeki bagi memberikan nafkah kepada isteri & anak dan juga menunaikan salah satu daripada rukun Islam. Mengangkat tangannya ketika doa diucapkan walaupun dia tidak mampu untuk mendengar. Seorang yang ber-itqan.
Bagaimana pula orang yang sempurna jasad dan sifatnya? Duduk melepak makan dan minum pada siang bulan ramadan. Berpimpin tangan, berpelukan, bercumbuan, pegang sana sini, tepuk sana sini, di depan khalayak ramai pulak tu, depan orang seagama sendiri lagi, kononnya sedang hangat bercinta..atau touch-touch only what.....
Tak segan ke dengan Allah???
Bukalah mata, bukalah minda, bukalah hati.


.jpg)